Lompat ke kandungan

12 SEPTEMBER 2023
CHILE

Banjir Teruk Membawa Banyak Kemusnahan di Selatan Chile

Banjir Teruk Membawa Banyak Kemusnahan di Selatan Chile

Dari 19 hingga 23 Ogos 2023, kawasan selatan Chile dilanda ribut yang kuat dan mengalami banjir yang teruk. Sedihnya, banjir ini membawa kesan yang teruk terhadap ramai saudara saudari kita yang terjejas akibat kejadian yang sama pada Jun 2023. Laporan menunjukkan bahawa kawasan tersebut dilanda hujan yang paling banyak dicatatkan dalam tempoh 10 tahun. Peningkatan suhu di Lautan Pasifik dan fenomena cuaca yang dikenali sebagai El Niño telah menyebabkan hujan lebat dan banjir di banyak tempat. Hampir 25,000 buah rumah telah rosak atau musnah, dan sekurang-kurangnya tiga orang terkorban akibat bencana ini.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Banjir menyebabkan kerosakan pada rumah seorang saudara yang digunakan untuk perjumpaan Kristian

    Tiada saudara saudari terkorban atau tercedera

  • 225 penyiar terpaksa berpindah

  • 13 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 38 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 3 Dewan Perjumpaan dan rumah seorang saudara yang digunakan untuk perjumpaan Kristian mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang tinggal di kawasan bencana

  • 2 Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk atur kerja bantuan bencana

Kita berdoa untuk saudara saudari kita yang terjejas akibat banjir di Chile, dan terus menantikan masanya apabila bencana akan dilenyapkan sepenuhnya oleh Kerajaan Tuhan.—Yesaya 32:18.