Lompat ke kandungan

Kebakaran liar merebak di Ñipas, Wilayah Ñuble di Chile

17 FEBRUARI 2023
CHILE

Kebakaran Liar Merebak di Chile

Kebakaran Liar Merebak di Chile

Dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, Chile mengalami kebakaran liar yang dahsyat untuk kali kedua. Pihak berkuasa melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 300 kebakaran liar di seluruh negara sejak awal Februari 2023. Hampir 20 peratus daripada jumlah kebakaran itu masih belum dapat dipadamkan. Lebih daripada 430,000 hektar tanah di kawasan Araucanía, Biobío, dan Ñuble telah musnah. Selain itu, bencana ini telah menjejaskan infrastruktur awam seperti lebuh raya dan hospital. Sekurang-kurangnya 6,000 orang terjejas, lebih daripada 1,500 rumah telah musnah, dan 25 mangsa turut terkorban akibat kebakaran ini.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Rumah seorang saudari yang musnah di bandar Tomé, Wilayah Biobío

    Tiada penyiar yang terkorban

  • 222 penyiar harus meninggalkan rumah mereka; 76 penyiar belum dapat kembali ke rumah mereka

  • 18 rumah musnah

  • Tiada Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penatua dan penyelia litar di kawasan tempatan sedang memberikan sokongan rohani kepada mangsa bencana

  • 1 Jawatankuasa Bantuan Bencana ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana

Semasa menghadapi bencana yang dahsyat, saudara saudari kita dapat yakin bahawa Yehuwa sentiasa berada di sisi mereka. Dialah Tuhan yang “melegakan hati kita semasa kita mengalami segala macam cubaan.”—2 Korintus 1:4.