Lompat ke kandungan

13 JUN 2022
CHILE

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Mapudungun

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Mapudungun

Pada 5 Jun 2022, Saudara Jason Reed, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Chile, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu bahasa Mapudungun dalam bentuk digital dan bercetak. Sidang-sidang bahasa Mapudungun di negara itu dijemput untuk menyaksikan program itu yang disiarkan secara langsung melalui persidangan video. Hampir 800 orang yang menghadirinya.

Seorang saudari sangat gembira semasa menerima Bible baharu

Kebanyakan orang Mapuche tinggal di bahagian tengah dan selatan Chile dan Argentina, yang terletak di antara lautan Pasifik dan Atlantik. Bentuk muka bumi di situ berbeza-beza, dan merangkumi kawasan hutan, gunung berapi, banjaran Andes, dan dataran yang luas. Orang Mapuche suka menyambut tetamu dan sangat menghormati hal-hal yang berkaitan dengan agama.

Sejak tahun 1901, beberapa buku Bible telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mapudungun, dan seluruh Kitab Yunani Kristian bahasa Mapudungun telah diterbitkan oleh sebuah persatuan Bible pada tahun 1997. Namun, terjemahan yang lebih tepat diperlukan. Misalnya, terjemahan tahun 1997 itu menggunakan perkataan “salib.” Tetapi Terjemahan Dunia Baharu bahasa Mapudungun menggunakan perkataan “tiang.”

Yang menariknya, semasa Terjemahan Dunia Baharu ini dikeluarkan dalam bentuk digital, naskhah yang bercetak juga diedarkan kepada setiap hadirin dalam 23 buah Dewan Perjumpaan yang menonton program itu. Saudara Jorge González, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Chile, berkata, “Jika buku suci seperti Bible dikeluarkan dalam bentuk digital, orang Mapuche berasa susah untuk mempercayainya. Kami rasa banyak orang akan berminat untuk menerima Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu bahasa Mapudungun dalam bentuk bercetak.”

Kita berdoa agar Bible ini akan membantu lebih banyak orang “daripada segala bangsa” untuk mengenal dan menyembah Yehuwa.—Yesaya 2:2.