Lompat ke kandungan

14 MEI 2024
CÔTE D’IVOIRE

Saksi-Saksi Yehuwa Kongsi Kebenaran Bible semasa Pertandingan Bola Sepak Antarabangsa di Côte d’Ivoire

Saksi-Saksi Yehuwa Kongsi Kebenaran Bible semasa Pertandingan Bola Sepak Antarabangsa di Côte d’Ivoire

Dari 13 Januari hingga 11 Februari 2024, atlet dari seluruh Afrika telah menyertai Piala Negara-Negara Afrika ke-34 yang merupakan pertandingan bola sepak antarabangsa. Acara ini diadakan di Côte d’Ivoire dan beribu-ribu orang dari 24 negara telah menghadirinya. Semasa acara ini, Saksi-Saksi Yehuwa telah mengadakan kempen istimewa untuk kongsi mesej Bible. Lebih daripada 120 rak kesaksian awam telah dipamerkan di lima bandar besar sepanjang pertandingan ini.

Di Abidjan, seorang lelaki muda menghampiri salah satu rak kita dan beritahu para saudara bahawa dia minat brosur “Apabila Seseorang Meninggal” (When Someone You Love Dies). Lelaki itu kata bahawa sahabat baiknya telah meninggal baru-baru ini. Lelaki itu sangat terharu selepas para saudara membaca ayat di Yohanes 5:28, 29. Kemudian, dia menjemput mereka untuk datang ke rumahnya untuk meneruskan perbualan itu.

Seorang pesuruhjaya polis tempatan di Anyama juga menghampiri salah satu rak kita. Dia beritahu para Saksi bahawa dia suka baca bahan bacaan Bible kita, terutamanya topik tentang ciptaan dan asal usul kehidupan. Walaupun dia kata bahawa dia ada jadual yang ketat, dia memberikan nombor telefonnya kepada para saudara dan minta mereka untuk menghubungi dia.

Seorang lelaki di Abidjan menghampiri rak kita dan beritahu para saudara bahawa dia pernah belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa semasa muda. Tapi, dia tidak lagi berhubung dengan sidang tersebut. Seraya masa berlalu, dia dapat lihat perbezaan yang ketara antara Saksi-Saksi Yehuwa dengan agama lain. Terutama sekali, dia rasa kagum dengan kedamaian dan perpaduan dalam kalangan umat Yehuwa semasa ada pergolakan sosial. Dia ingin belajar Bible, dan sekarang, dia sedang mempelajari Bible secara tetap dengan saudara kita.

Kita bersukacita untuk saudara saudari kita di Côte d’Ivoire kerana dapat bantu orang daripada pelbagai bangsa untuk belajar tentang “perkara-perkara menakjubkan yang dilakukan oleh Tuhan.”—Kisah 2:11.