Lompat ke kandungan

6 FEBRUARI 2024
CUBA

Buku Matius dan Markus Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Cuba

Buku Matius dan Markus Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Cuba

Pada 20 Januari 2024, buku Matius dan Markus telah dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Cuba. Pengeluaran itu dibuat semasa satu program istimewa yang diadakan di Dewan Perhimpunan Guanabacoa di Havana, Cuba. Buku-buku itu dapat dimuat turun dengan serta-merta di jw.org.

Di Cuba, terdapat kira-kira 53,000 orang pekak. Sejak awal 1990-an, usaha yang khusus telah dicurahkan untuk menyebarkan berita baik kepada orang pekak di Cuba. Pada 2011, organisasi kita mula mengeluarkan bahan terbitan Bible dalam Bahasa Isyarat Cuba. Hari ini, terdapat 756 penyiar yang berkhidmat di 28 sidang dan 10 kumpulan bahasa isyarat di Cuba.

Seorang saudari membantu seorang saudara yang pekak untuk memuat turun pengeluaran baharu ini ke dalam telefon bimbitnya

Sebelum pengeluaran ini, buku Matius dan Markus tidak pernah diterjemahkan ke dalam Bahasa Isyarat Cuba. Mengenai terjemahan baharu ini, seorang saudari berkata, “Saya sangat tersentuh melihat kisah di Markus 7:32-37. Saya rasa seolah-olah sayalah orang pekak yang disembuhkan oleh Yesus. Sekarang, saya betul-betul dapat bayangkan kehidupan di dunia baharu. Terima kasih!”

Kita turut bersukacita atas pengeluaran istimewa ini. Kita yakin bahawa kurniaan ini akan bantu orang yang menggunakan Bahasa Isyarat Cuba untuk terus mengasihi Yehuwa ‘dengan segenap hati, jiwa, dan akal’ mereka.—Markus 12:30.