Lompat ke kandungan

Angin kencang yang dihasilkan Taufan Oscar telah memusnahkan tempat saudara saudari mengadakan perjumpaan di Macambo, San Antonio del Sur, Cuba

6 NOVEMBER 2024
CUBA

Taufan Oscar Membawa Kemusnahan Teruk di Cuba

Taufan Oscar Membawa Kemusnahan Teruk di Cuba

Pada 20 Oktober 2024, Taufan Oscar telah melanda kawasan berdekatan bandar Baracoa, Guantánamo, di bahagian timur Cuba. Taufan Kategori 1 ini membawa angin dengan kelajuan 120 kilometer sejam. Akibatnya, sistem elektrik di beberapa kawasan mengalami kerosakan teruk. Selain itu, sesetengah kawasan di bahagian timur Cuba menerima sebanyak 38 sentimeter hujan. Rumah-rumah dan tempat perniagaan telah mengalami banjir, dan tanaman turut dimusnahkan disebabkannya. Lebih daripada 2,000 rumah di daerah itu telah mengalami kerosakan dan sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Sedihnya, seorang saudari tua telah terkorban

  • 2 penyiar cedera ringan

  • 14 penyiar telah berpindah

  • 13 rumah musnah, dan 2 daripadanya digunakan untuk perjumpaan sidang

  • 22 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 5 rumah mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Wakil daripada pejabat cawangan, para penyelia litar, dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas

  • 2 Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana

Kemusnahan dan nyawa yang terkorban akibat taufan ini amat mendukacitakan. Namun, kita yakin bahawa Bapa kita Yehuwa akan terus memelihara dan menyokong umat-Nya.—Mazmur 55:22.