7 SEPTEMBER 2021
ECUADOR
Mahkamah Perlembagaan Ecuador Mempertahankan Hak Beribadat Saksi-Saksi Yehuwa
Pada 24 Ogos 2021, Saksi-Saksi Yehuwa menang satu kes yang penting di Ecuador. Mahkamah Perlembagaan mengisytiharkan bahawa hak kebebasan beragama telah dicabuli antara komuniti orang asli di San Juan de Ilumán, Wilayah Imbabura. Keputusan ini melindungi hak kebebasan beragama bagi semua orang di Ecuador, terutamanya bagi komuniti orang asli. Selain itu, kemenangan ini boleh menjadi dasar untuk kes-kes masa hadapan di negara lain.
Pada 2014, para pemimpin komuniti menceroboh masuk harta tanah milik Saksi-Saksi Yehuwa untuk hentikan projek pembinaan Dewan Perjumpaan. Mereka juga melarang saudara saudari beribadat bersama dan menginjil dari rumah ke rumah. Maka, saudara saudari membawa kes ini ke mahkamah untuk menegakkan keadilan. Namun, dua hakim mahkamah tempatan mendakwa bahawa hak perlembagaan para Saksi tidak dicabuli.
Selepas saudara saudari tidak berjaya mencari penyelesaian di mahkamah rendah, kes tersebut dibawa ke Mahkamah Perlembagaan, iaitu mahkamah tertinggi di Ecuador. Mahkamah Perlembagaan mengisytiharkan bahawa mahkamah rendah telah melanggar hak kebebasan beragama para Saksi. Pemimpin komuniti dan hakim diarahkan menghadiri kursus tentang menghormati agama dan budaya lain. Selain itu, pemimpin komuniti disuruh membantu “pelbagai kumpulan agama dan budaya untuk hidup dengan damai, dan melindungi aktiviti agama” Saksi-Saksi Yehuwa.
Philip Brumley, penasihat undang-undang Saksi-Saksi Yehuwa berkata, “Kami akui bahawa undang-undang orang asli seperti perisai yang melindungi budaya orang asli. Tapi, adalah salah jika undang-undang itu digunakan seperti pedang untuk mencabuli hak asasi penduduk.”
Saksi-Saksi Yehuwa di San Juan de Ilumán amat menghargai keputusan mahkamah ini.
Kita bergirang hati melihat bagaimana Yehuwa melindungi kebebasan beribadat saudara saudari menerusi kemenangan di mahkamah.—Amsal 21:1.