4 DISEMBER 2020
ERITREA
Eritrea Membebaskan 28 Orang Saksi-Saksi Yehuwa dari Penjara
Pada 4 Disember 2020, seramai 26 orang saudara dan 2 orang saudari di Eritrea dibebaskan dari penjara. Mereka telah menghabiskan masa antara 5 hingga 26 tahun dalam penjara kerana iman mereka. Mereka semua mengekalkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuhan Yehuwa. Saudara saudari di seluas dunia bersukacita atas berita ini. Pada masa yang sama, kita akan terus berdoa bagi 24 orang saudara dan saudari yang masih dipenjarakan di Eritrea.—Kisah 12:5.