1 FEBRUARI 2021
ERITREA
Pihak Berkuasa Eritrea Membebaskan Tiga Orang Saksi-Saksi Yehuwa Lagi yang Dipenjarakan kerana Iman Mereka
Pada 1 Februari 2021, pihak berkuasa Eritrea membebaskan seorang saudara dan dua orang saudari dari penjara. Mereka telah dipenjarakan kerana iman mereka antara empat hingga sembilan tahun. Kita akan terus berdoa bagi 20 orang saudara saudari yang masih dipenjarakan seraya mereka mengekalkan kesetiaan kepada Yehuwa.—2 Korintus 1:11.