Lompat ke kandungan

17 APRIL 2020
FIJI

Pulau-Pulau di Vanuatu dan Fiji Dilanda Ribut Taufan Harold

Pulau-Pulau di Vanuatu dan Fiji Dilanda Ribut Taufan Harold

Pada 5 April 2020, Ribut Taufan Harold, iaitu sebuah ribut Kategori 5, telah melanda pulau-pulau di bahagian utara Vanuatu dan menyebabkan banyak kerosakan. Ribut ini kemudian menuju ke arah tenggara dan melanda bahagian barat daya pulau-pulau Fiji pada 8 April. Kerosakan yang teruk turut dilaporkan di kawasan-kawasan itu. Menurut laporan awal, tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban.

Terdapat kira-kira 280 penyiar yang tinggal di Espiritu Santo, iaitu pulau yang terbesar di utara Vanuatu. Banyak bangunan dan tanaman di pulau ini dan pulau berhampiran rosak dipukul ribut. Di Fiji, harta milik kira-kira 260 penyiar mengalami kerosakan teruk. Air, makanan, dan bekalan elektrik amat terhad.

Pejabat cawangan di Fiji sedang membuat aturan agar barang keperluan dapat diedarkan. Para penatua tempatan juga menggalakkan saudara saudari yang menderita akibat bencana itu. Kami berasa sangat gembira kerana keperluan fizikal dan rohani saudara saudari kami dijaga dengan baik.—Amsal 17:17.