7 JANUARI 2021
FIJI
Ribut Taufan Yasa Kategori Lima Membadai Fiji
Lokasi
Fiji
Bencana
Pada Khamis, 17 Disember 2020, Ribut Taufan Yasa berskala besar melanda pulau kedua terbesar di Fiji, iaitu Vanua Levu
Taufan Yasa ialah taufan kedua paling kuat yang pernah tercatat di Fiji. Angin kencang mencapai kelajuan sehingga 260 kilometer sejam
Sekurang-kurangnya 30 sidang dan kumpulan terpencil terletak di kawasan yang terjejas
Kesan terhadap saudara saudari
Tiada saudara saudari yang tercedera
Laporan awal menunjukkan 20 keluarga telah dipindahkan
Taufan ini menyebabkan banyak kemusnahan tanaman, sekali gus melenyapkan sumber makanan utama bagi 430 penyiar di kawasan itu
Kerosakan rumah dan harta
10 rumah musnah
25 rumah mengalami kerosakan
1 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
Bantuan yang dihulurkan
Pejabat cawangan Fiji telah melantik tiga Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC). Jawatankuasa tersebut membantu saudara saudari dengan membekalkan air minuman yang bersih, pakaian, makanan, kain terpal kanvas, dan keperluan lain. Selain itu, DRC membantu mencari tempat tinggal sementara bagi mereka yang terjejas
Para wakil daripada pejabat cawangan Fiji dan penyelia litar sedang mengunjungi saudara saudari yang terjejas untuk menggalakkan mereka
Semua yang menghulurkan bantuan dan membuat kunjungan penggembalaan telah mematuhi langkah-langkah keselamatan berkenaan COVID-19
Walaupun saudara saudari kita mengalami kerugian akibat taufan yang teruk ini, mereka menyaksikan kebenaran kata-kata yang tercatat di Mazmur 46:1 yang berbunyi, ‘Tuhan ialah tempat naungan kita.’