23 NOVEMBER 2023
FILIPINA
Bahagian Selatan Filipina Dilanda Gempa Bumi yang Dahsyat
Pada 17 November 2023, gempa bumi bawah laut yang berskala 6.7 melanda kawasan berdekatan selatan Filipina. Bencana ini berlaku kira-kira 26 kilometer selatan pulau Mindanao. Pelbagai bangunan, termasuk bangunan kerajaan, sekolah, rumah, dan pusat beli-belah telah rosak di daerah Davao, Bandar General Santos, dan wilayah Sarangani.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Sedihnya, seorang saudari telah meninggal
10 saudara saudari tercedera. Antara jumlah ini ialah isteri penyelia litar yang telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan yang stabil
4 rumah mengalami kerosakan yang teruk
4 rumah mengalami sedikit kerosakan
2 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana
Para penyelia litar dan penatua sedang atur kunjungan penggembalaan untuk mereka yang terjejas
Kita berdoa untuk saudara saudari yang terjejas akibat gempa bumi ini dan bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh saudara saudari yang lain. Kita yakin bahawa Yehuwa akan memberikan kita kekuatan yang kita perlu untuk bertabah dalam masa yang mencabar ini. Sememangnya, “tiada batu yang kukuh” seperti Tuhan kita.—1 Samuel 2:2.