18 NOVEMBER 2019
FILIPINA
Beberapa Gempa Bumi Menimpa Bahagian Selatan Filipina
Sejak 16 Oktober 2019, bahagian selatan Filipina telah digegarkan oleh beberapa gempa bumi yang kuat secara berturut-turut. Akibatnya, 21 orang terbunuh, lebih daripada 400 orang tercedera, dan lebih daripada 35,000 orang terpaksa dipindahkan. Sekurang-kurangnya tiga daripada siri gempa bumi ini berukuran 6.0. Gegaran penghujung terus berlaku di kawasan itu. Seorang saudari mengalami kecederaan ringan, namun tiada saudara saudari yang terkorban.
Terdapat empat buah Dewan Perjumpaan dan 195 buah rumah saudara saudari kita yang mengalami kerosakan teruk, sementara 9 buah Dewan Perjumpaan dan 351 buah rumah lain mengalami kerosakan yang sederhana. Ramai daripada saudara saudari kita tinggal di dalam khemah disebabkan kediaman mereka tidak selamat.
Pejabat cawangan Filipina telah melantik dua Jawatankuasa Bantuan Bencana untuk mengaturkan kerja bantu bencana. Enam orang wakil cawangan, termasuk tiga ahli Jawatankuasa Cawangan telah mengunjungi kawasan itu demi memberikan galakan rohani.
Kita berdoa agar Yehuwa akan terus membantu rakan seiman yang dipengaruhi oleh gempa bumi ini.—Mazmur 70:5.