Lompat ke kandungan

12 NOVEMBER 2020
FILIPINA

Dua Taufan Melanda Filipina

Dua Taufan Melanda Filipina

Lokasi

Selatan Luzon dan pulau-pulau berdekatan

Bencana

  • Pada 25 Oktober 2020, Taufan Molave, yang juga dikenali di Filipina sebagai Quinta, melanda daerah Albay di kawasan Bicol di Luzon, Filipina. Taufan ini kemudiannya melanda seluruh Pulau Luzon

  • Pada 1 November 2020, Taufan Goni, yang juga dikenali di Filipina sebagai Rolly, melanda Catanduanes, satu lagi pulau di kawasan Bicol, Luzon. Taufan Kategori 5 itu juga membadai kawasan lain yang berdekatan. Sesetengah kawasan ini juga telah dilanda oleh Taufan Molave sebelum ini

  • Kedua-dua taufan ini membawa hujan lebat dan angin kencang yang mengakibatkan banjir yang teruk serta menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus. Kawasan itu masih mengalami gangguan rangkaian telefon dan Internet

  • Hujan yang lebat juga menyebabkan lahar, atau lumpur, mengalir daripada Gunung Berapi Mayon dan merosakkan rumah-rumah yang berdekatan

Kesan terhadap saudara saudari

  • Beratus-ratus penyiar terpaksa berpindah

  • Seorang saudari yang berumur 89 tahun mengalami kecederaan ringan semasa berpindah dan rumahnya musnah

Kerosakan rumah dan harta

  • 134 rumah dan 8 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

  • 75 rumah dan 8 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 101 rumah dan 1 Dewan Perjumpaan musnah

Bantuan yang dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan bekerjasama dengan enam Jawatankuasa Bantuan Bencana untuk membantu saudara saudari yang memerlukan makanan, air, tempat tinggal, dan keperluan yang lain. Mereka mematuhi undang-undang berkenaan sekatan COVID-19 semasa menghulurkan bantuan

Kita akan terus berdoa untuk saudara saudari yang dilanda bencana. Pada waktu yang susah ini, kita yakin Yehuwa akan menjadi “Bapa yang berbelas kasihan dan Tuhan yang melegakan hati” saudara saudari kita.—2 Korintus 1:3.