Lompat ke kandungan

5 OGOS 2019
FILIPINA

Gempa Bumi Menggegarkan Filipina

Gempa Bumi Menggegarkan Filipina

Pada 27 Julai 2019, gempa bumi telah melanda pulau Itbayat sebanyak dua kali. Pulau yang kecil ini terletak kira-kira 690 kilometer di bahagian utara Manila. Gempa bumi yang berukuran 5.4 dan 6.4 magnitud itu telah menyebabkan 9 orang terbunuh, 64 orang cedera, dan 266 buah rumah musnah. Laporan menunjukkan bahawa sebanyak 2,968 orang dipengaruhi oleh gempa bumi itu.

Tiada Saksi-Saksi Yehuwa yang terkorban dalam bencana itu. Namun, seorang saudari mengalami kecederaan ringan dan terdapat dua buah rumah saudara saudari mengalami kerosakan yang teruk.

Pejabat cawangan Filipina telah membentuk Jawatankuasa Bantuan Bencana untuk mengatur pembelian keperluan asas seperti air dan makanan, dan membahagikan kepada saudara saudari yang menjadi mangsa bencana. Wakil daripada pejabat cawangan juga akan mengunjungi mereka yang menjadi mangsa bencana untuk memberikan kelegaan dan bantuan yang praktikal.

Kita berdoa bagi saudara saudari yang menjadi mangsa gempa bumi tersebut. Kita yakin bahawa Yehuwa, “Tuhan yang melegakan hati,” akan terus menjaga keperluan mereka.—2 Korintus 1:3.