Lompat ke kandungan

Rumah saudara saudari kita yang dijilat api di Kota Taguig, Metro Manila

21 MEI 2019
FILIPINA

Kebakaran Menghanguskan Ratusan Rumah di Filipina

Kebakaran Menghanguskan Ratusan Rumah di Filipina

Pada bulan Mac 2019, suatu kebakaran di Filipina telah menyebabkan 128 buah rumah di Kota Calbayog, Pulau Samar, hangus dijilat api. Sebulan sebelumnya, kebakaran telah berlaku di Kota Taguig, Pulau Luzon. Dalam dua peristiwa itu, ada tujuh buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa telah hangus dijilat api. Saudara saudari yang terlibat telah berpindah ke rumah Saksi-Saksi yang lain.

Pejabat cawangan Filipina segera membuat aturan agar saudara saudari yang terlibat mendapat makanan, air, dan pakaian. Para penatua tempatan telah melawat saudara saudari yang terlibat untuk menggalakkan mereka dan memberikan bantuan praktikal. Aturan untuk membina semula rumah saudara saudari kita sedang dibuat oleh dua Jawatankuasa Bantuan Bencana, dengan bantuan daripada Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan.

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menjadi tempat naungan bagi saudara saudari yang menjadi mangsa kebakaran di Filipina.—Mazmur 62:8.