Lompat ke kandungan

Dua buah rumah Saksi yang mengalami kerosakan teruk.

22 JANUARI 2019
FILIPINA

Ribut Tropika Menyebabkan Tanah Runtuh dan Banjir Kilat Di Timur Filipina

Ribut Tropika Menyebabkan Tanah Runtuh dan Banjir Kilat Di Timur Filipina

Pada 29 Disember 2018, Ribut Tropika Usman telah melanda Samar, iaitu pulau yang ketiga terbesar di Filipina. Ribut ini membawa hujan lebat dan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat. Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban dan 42 orang cedera. Sejumlah 22,835 buah rumah mengalami kerosakan.

Pejabat cawangan Filipina melaporkan bahawa tidak ada saudara saudari yang terkorban dalam ribut ini. Namun, tiga buah rumah saudara saudari kita mengalami kerosakan teruk, dan empat buah rumah yang lain mengalami kerosakan pada sebahagian rumah mereka. Selain itu, sebuah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan. Pejabat cawangan telah mengaturkan agar Jawatankuasa Bantuan Bencana menyediakan bantuan dan tempat tinggal sementara kepada mangsa ribut ini.

Kita yakin bahawa saudara saudari yang menjadi mangsa ribut ini akan terus bergantung pada Yehuwa kerana Dia pasti akan meneguhkan dan menguatkan mereka.—1 Petrus 5:10.