31 OKTOBER 2024
FILIPINA
Ribut Tropika Trami Membadai Filipina
Pada 21 Oktober 2024, ribut tropika Trami a mengakibatkan banyak kemusnahan di Filipina. Ribut tersebut bertambah kuat di bahagian utara negara itu dan membawa angin dengan kelajuan yang mencecah 160 kilometer sejam. Hujan lebat dan angin yang kuat juga menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang teruk. Akibatnya, banyak rumah dan jalan raya musnah, serta ramai orang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Lebih daripada enam juta orang tinggal di kawasan yang terjejas, maka kira-kira satu juta orang terpaksa berpindah akibat bencana alam ini. Sekitar 126 orang maut akibat bencana ini.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Sedihnya, seorang saudari terkorban
747 penyiar terpaksa berpindah
7 rumah musnah
24 rumah mengalami kerosakan teruk
128 rumah mengalami sedikit kerosakan
8 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas oleh ribut ini
5 Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana
Kita amat sedih atas kematian dan kemusnahan yang disebabkan oleh ribut tropika yang teruk ini. Namun, kita mendapat kelegaan dan harapan daripada janji Bible bahawa tragedi seperti ini akan dilenyapkan buat selama-lamanya.—Yesaya 25:8.
a Di Filipina, ribut ini dikenali sebagai Ribut Tropika Kristine.