Lompat ke kandungan

22 JUN 2021
FILIPINA

Saksi-Saksi Yehuwa Mengeluarkan Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Bicol

Saksi-Saksi Yehuwa Mengeluarkan Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Bicol

Pada 20 Jun 2021, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu bahasa Bicol dikeluarkan dalam bentuk elektronik. Saudara Denton Hopkinson, ahli Jawatankuasa Cawangan Filipina, mengumumkan pengeluaran Bible ini semasa perjumpaan istimewa yang diadakan secara virtual. Program ini telah disiarkan kepada para penyiar di 97 sidang.

Maklumat Menarik

  • Bahasa Bicol dituturkan oleh sekitar 5.8 juta orang yang kebanyakannya tinggal di 5 kawasan Filipina: Albay, Camarines Norte, Camarines Sur, Catanduanes, dan Sorsogon

  • Bahasa ini merupakan bahasa yang kelima paling banyak dituturkan di Filipina

  • Lebih daripada 5,800 penyiar berkhidmat di sidang bahasa Bicol

  • Dua kumpulan terjemahan telah mengambil masa 7 tahun setengah untuk menyempurnakan projek ini

Seorang ahli terjemahan menjelaskan, “Bahasa Bicol mempunyai banyak dialek. Jadi, kami telah berusaha menggunakan kata-kata yang dapat difahami oleh kebanyakan penutur bahasa Bicol.”

Seorang lagi penterjemah berkata, “Kami yakin bahawa para pembaca akan berasa lebih mudah untuk memahami ayat Bible kerana terjemahan ini menggunakan bahasa moden yang jelas.”

Di Filipina, Bible Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan terdapat dalam enam bahasa tempatan yang lain: Cebuano, Hiligaynon, Iloko, Pangasinan, Tagalog, dan Waray-Waray.

Kita bersukacita atas pengeluaran ini bersama saudara saudari kita yang berbahasa Bicol. Kita yakin bahawa Bible ini akan membantu lebih ramai orang untuk memuji Yehuwa dan seterusnya “menikmati kehidupan buat selama-lamanya.”—Mazmur 22:26.