Lompat ke kandungan

Contoh majalah Menara Pengawal dalam bahasa Tagalog, dari dulu sehingga kini

30 OGOS 2022
FILIPINA

Sudah 75 Tahun Pembaca Tagalog Meraih Manfaat Menara Pengawal

Sudah 75 Tahun Pembaca Tagalog Meraih Manfaat Menara Pengawal

Pada 1 September 2022, sudah 75 tahun sejak majalah Menara Pengawal edisi Tagalog mula dihasilkan. Sejak pertama kali majalah itu diterbitkan, jumlah setiap terbitan meningkat dari kira-kira 600 salinan stensil kepada lebih daripada 1.2 juta salinan bercetak. Ia juga terdapat dalam bentuk elektronik di jw.org.

Seawal 1908, berita baik mula tersebar di Filipina. Selepas pejabat cawangan ditubuhkan pada 1924, kerja menginjil diatur dengan lebih baik. Ketika itu, saudara saudari banyak menggunakan bahan bacaan Inggeris. Tapi sebenarnya ada keperluan untuk terjemahkan bahan ke bahasa Tagalog.

Selepas Perang Dunia Kedua, Earl Stewart, Victor White, dan Lorenzo Alpiche, iaitu mubaligh lulusan Gilead, tiba di Filipina pada 14 Jun 1947. Saudara Stewart (pembantu cawangan yang baru dilantik), dengan segera mengatur agar saudara yang layak mula terjemah Menara Pengawal ke bahasa Tagalog. Pada September tahun itu juga, para penyiar dapat edarkan dua edisi Menara Pengawal setiap bulan.

Hilarion Amores, salah seorang penterjemah Tagalog yang pertama

Dulu, ramai penterjemah perlu kerja siang hari untuk sara keluarga mereka. Jadi, mereka buat kerja terjemahan pada malam hari. Saudara Hilarion Amores, salah seorang penterjemah kata, “Kami bekerja sampai jam dua pagi, tapi kami sangat gembira kerana saudara saudari dapat bahan bacaan Bible yang mereka perlukan.”

Kini, terdapat 97,443 penyiar yang berkhidmat dalam 1,126 sidang Tagalog di Filipina. Ada sekitar 76.5 juta penutur bahasa Tagalog di negara itu dan lebih daripada 115,000 penyiar bahasa Tagalog di serata dunia. Bahan Tagalog diedarkan di banyak negara dan dibaca oleh penyiar bahasa Tagalog serta orang yang berminat di seluruh pelosok dunia.

Betapa bersyukurnya kita terhadap Yehuwa kerana menerusi organisasi-Nya, Dia sediakan bahan bacaan Bible kepada jutaan orang di seluruh dunia dalam bahasa ibunda mereka.—Matius 24:45, 46.