22 DISEMBER 2021
FILIPINA
Taufan Rai Membadai Filipina
Taufan Rai (yang dipanggil Odette oleh penduduk tempatan) melanda Filipina dari 16 hingga 18 Disember 2021. Angin berkelajuan maksimum 195 kilometer sejam pada mulanya melanda Pulau Siargao, Filipina. Kawasan di Utara Mindanao, Selatan Luzon, dan Kepulauan Visaya mengalami kerosakan teruk.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Sedihnya, 4 penyiar terkorban
1 penyiar masih hilang
12 saudara saudari tercedera
Lebih daripada 2,000 penyiar terpaksa berpindah
246 buah rumah musnah
327 buah rumah mengalami kerosakan teruk
1,174 buah rumah mengalami sedikit kerosakan
43 buah Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
6 Jawatankuasa Bantuan Bencana ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana
Penatua tempatan terus melegakan dan menggalakkan semua penyiar yang menjadi mangsa bencana ini, terutamanya mereka yang kehilangan orang tersayang
Semua usaha untuk membantu mangsa dilakukan selaras dengan garis panduan keselamatan COVID-19
Dengan bantuan para penatua, saudara saudari dari tempat lain menderma makanan dan pakaian kepada penyiar yang menjadi mangsa taufan ini. Makanan yang dibungkus dari Bandar Davao segera diedarkan kepada keluarga yang memerlukan bantuan di Bandar Surigao.
Kita rasa sedih kerana terdapat saudara saudari yang terkorban dalam bencana ini. Semoga kita terus bergantung pada Yehuwa semasa kita mengharungi “masa genting yang sukar dihadapi” ini dan yakin Dia akan melegakan hati kita dan menguatkan kita.—2 Timotius 3:1.