4 MEI 2022
GHANA
Terjemahan Dunia Baharu yang Dikemaskinikan Dikeluarkan dalam Bahasa Twi (Asante)
Pada Ahad, 24 April 2022, Saudara Mark Sanderson, salah seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Twi (Asante). Sebaik sahaja ceramah tamat, Bible itu dapat dimuat turun dalam bentuk digital. Salinan bercetak akan tersedia bermula Ogos 2022.
Bahasa Twi (Asante) dan Twi (Akuapem) tergolong dalam kumpulan bahasa Akan yang dituturkan oleh jutaan orang di Afrika Barat. Terjemahan Bible pertama dalam bahasa Twi (Akuapem) tersedia pada tahun 1871. Pada tahun 1897, satu lagi terjemahan bahasa Twi (Akuapem) dikeluarkan. Hanya pada tahun 1964, edisi pertama Bible dalam bahasa Twi (Asante) telah dihasilkan. Pada tahun 2012, Saksi-Saksi Yehuwa telah menghasilkan Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Twi (Asante).
Seorang penterjemah berkata tentang projek ini, “Pada mulanya, kerja ini nampak besar dan susah. Tetapi dengan banyak berdoa dan bergantung sepenuhnya pada kuasa suci Yehuwa, kami telah melihat bagaimana Yehuwa membantu kami untuk melaksanakan kerja ini setiap hari.”
Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan dalam bahasa Twi (Asante) ialah satu lagi anugerah daripada Yehuwa untuk membantu saudara saudari kita yang berbahasa Twi agar dapat berkhidmat kepada Yehuwa, Tuhan kita, dalam cara yang lebih berkesan.—Yakobus 1:17.