Lompat ke kandungan

22 NOVEMBER 2022
BERITA GLOBAL

Arahan Tambahan dalam Pembantu Suara bagi JW.ORG

Arahan Tambahan dalam Pembantu Suara bagi JW.ORG

Sejak 2019, alat-alat elektronik yang ada Amazon Alexa atau Google Assistant boleh mainkan kandungan tertentu daripada jw.org. Kini, dengan adanya arahan suara tambahan, pengguna dapat dengar lebih banyak bahan untuk perjumpaan dan kerja penyebaran kita. Sayang sekali, bermula Jun 2023, Google Assistant tidak dapat digunakan lagi dalam cara ini. Fungsi ini masih dapat digunakan sehingga waktu itu. Namun, kebolehan jw.org bagi Amazon Alexa akan terus berfungsi.

Sekarang, pengguna boleh minta alat elektronik mereka untuk membaca jadual mingguan daripada Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian, serta nombor pelajaran daripada brosur Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar. Semasa membuat persiapan untuk pembelajaran Bible, pengguna boleh minta pembantu suara untuk mainkan pelajaran daripada buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya!

Tambahan pula, pengguna dapat mendengar lagu-lagu untuk perjumpaan daripada Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa, termasuk rakaman vokal dan instrumental. Berita Terkini Badan Pimpinan yang terbaharu juga boleh dimainkan.

Untuk mengetahui arahan suara bagi setiap pembantu suara, sila lihat tutorial Help “Use the JW.ORG Skill for Amazon Alexa” atau “Use the JW.ORG Action for Google Assistant.”

Bagi alat elektronik yang tidak mempunyai pembantu suara, banyak telefon bimbit, tablet, dan komputer membolehkan pengguna untuk mengakses fungsi yang sama dengan memasang aplikasi Alexa.

Fungsi-fungsi baharu ini terutamanya dapat membantu orang yang buta atau tidak dapat melihat dengan jelas. Jika anda mempunyai kawan yang tidak dapat melihat dengan jelas, bolehkan anda membantunya untuk memasang alat elektronik atau aplikasi pembantu suara? Bolehkah anda mengajar dia cara menggunakannya?