15 OKTOBER 2021
BERITA GLOBAL
Badan Pimpinan Umumkan Perjumpaan Bersemuka Disambung Semula di Kawasan Terpilih
Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa mengumumkan bahawa mereka telah menjemput beberapa pejabat cawangan untuk menyambung semula perjumpaan sidang bersemuka sebagai percubaan. Pejabat-pejabat cawangan tersebut akan pilih Dewan Perjumpaan di kawasan yang ada kadar vaksinasi tinggi serta kadar jangkitan rendah. Sudah tentu, semua usaha ini akan dijalankan menurut garis panduan kerajaan tempatan untuk pertemuan di kawasan tertutup. Pengumuman itu telah dibacakan kepada keluarga Bethel di serata dunia pada Jumaat, 15 Oktober 2021.
Keputusan aturan ini akan menentukan sama ada sidang-sidang tambahan dapat menyambung semula perjumpaan sidang bersemuka. Pengumuman itu juga menyatakan bahawa untuk kebanyakan saudara saudari, aktiviti organisasi bersemuka tetap tertangguh sekurang-kurangnya sehingga 1 Januari 2022.
Kita amat menghargai jagaan Badan Pimpinan ke atas persaudaraan sedunia dan pendekatan mereka untuk menyambung semula aktiviti organisasi secara bertahap. Semoga kita berdoa agar Yehuwa terus membimbing dan memberkati semua aturan ini.—Amsal 14:16.