27 JULAI 2021
BERITA GLOBAL
Banjir Teruk Melanda Eropah Barat
Dari 13 hingga 17 Julai 2021, hujan turun secara berterusan di Belgium, Jerman, Luxembourg, dan Belanda. Akibatnya, air sungai melimpah dan beberapa orang terkorban. Tahap kerosakan akibat banjir masih sedang dinilai. Banjir ini antara banjir paling teruk yang dialami negara-negara tersebut dalam seratus tahun.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tidak ada yang cedera teruk atau terkorban
Sekurang-kurangnya 304 penyiar dipindahkan
Kira-kira 100 rumah alami kerosakan teruk
Sekurang-kurangnya 242 rumah alami sedikit kerosakan
11 Dewan Perjumpaan rosak
Bantuan yang Dihulurkan
4 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) ditubuhkan; 1 di Belgium, 2 di Jerman dan Luxembourg, 1 di Belanda
Kini, DRC mengatur kerja pembersihan dan pembaikan, termasuk mengudarakan rumah supaya kering, membersihkan lumpur, dan membuat pembaikan yang perlu
DRC dan penatua tempatan juga mengatur supaya mereka yang dipindahkan mendapat air minuman dan tempat tinggal sementara
Penyelia litar memberi sokongan emosi dan rohani kepada saudara saudari yang terkesan
Perjumpaan sidang secara virtual masih berterusan. Ahli Jawatankuasa Cawangan sedang memberi kelegaan dan galakan kepada para penyiar yang terlibat
Semuanya mematuhi langkah keselamatan COVID-19
Para penatua di sebuah sidang di Belanda membantu seorang saudari yang lanjut usia untuk berpindah. Kemudian, mereka menghubungi anak lelakinya, yang bukan seorang Saksi Yehuwa, untuk memberitahunya bahawa ibunya selamat. Anak itu kemudian berkata kepada ibunya, “Betapa bagusnya agama mak! Mereka jaga mak dengan baik sekali!”
Seorang ahli bomba di Belgium memperhatikan saudara saudari kita semasa mereka menjalankan kerja membantu mangsa. Dia memuji saudara saudari kerana teratur dan menggunakan alat perlindungan diri yang sesuai. Begitu juga di Jerman, sekumpulan ahli bomba kagum kerana saudara saudari sudi bekerjasama dengan arahan mereka. Salah seorang berkata, “Alangkah baiknya jika semua pun begitu!”
Saudara saudari bersyukur atas bantuan yang diterima daripada organisasi kita. Mereka juga menghargai Badan Pimpinan kerana menggalakkan umat Yehuwa untuk bersedia bagi bencana alam. Yang terpenting, mereka berterima kasih kepada Yehuwa yang memastikan umat-Nya ‘hidup sejahtera dan tidak perlu takut akan malapetaka.’—Amsal 1:33.