3 JANUARI 2022
BERITA GLOBAL
Beberapa Negara Mengeluarkan Pernyataan Bertulis agar Penganiayaan terhadap Saksi-Saksi Yehuwa Segera Dihentikan
Pada 17 Disember 2021, beberapa negara daripada Perikatan Kebebasan Beragama atau Kepercayaan Antarabangsa a (IRFBA) mengeluarkan pernyataan untuk menyokong Saksi-Saksi Yehuwa yang dianiaya kerana iman mereka. Pernyataan itu menuntut agar semua Saksi-Saksi yang dipenjarakan segara dibebaskan. Pernyataan itu juga menuntut agar tindakan penyeksaan, penderaan fizikal, penggeledahan rumah, dan diskriminasi dihentikan.
Di seluas dunia, lebih daripada 150 orang Saksi-Saksi Yehuwa dipenjarakan kerana iman mereka, seperti di Crimea, Eritrea, Rusia, Singapura, dan Tajikistan. Anggota IRFBA menyatakan bahawa “penindasan yang semakin meningkat terhadap Saksi-Saksi Yehuwa” menimbulkan “kerisauan yang serius.” Mereka juga mengisytiharkan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa berhak mengamalkan kepercayaan mereka “tanpa berasa takut, diganggu, diskriminasi, atau dianiaya.”
Kita menghargai pihak kerajaan yang sudi membela hak kita untuk beribadat. Meskipun dianiaya, saudara saudari kita percaya kepada Yehuwa dengan sepenuhnya. Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus melindungi mereka dan akan “mengurniai mereka kedamaian yang berkekalan.”—Yesaya 26:3.