Lompat ke kandungan

Imej satelit Taufan Beryl di Semenanjung Yucatán, Mexico, pada 5 Julai 2024

12 JULAI 2024
BERITA GLOBAL

Berjuta-Juta Orang Terkesan Akibat Taufan Beryl

Berjuta-Juta Orang Terkesan Akibat Taufan Beryl

Pada 30 Jun 2024, Taufan Beryl Kategori 3 membadai bahagian selatan pulau Martinique. Pada keesokan harinya, ribut ini bertambah kuat dan menjadi taufan Kategori 4 dan melanda Kepulauan Windward, yang merangkumi Barbados, Grenada, dan Saint Vincent dan Grenadines. Kemudian, pada hari seterusnya, taufan ini yang bertambah kuat dan menjadi Kategori 5 melanda Venezuela dan melanda pantai selatan Jamaica. Pada 5 Julai, ribut yang dahsyat ini menghentam Semenanjung Yucatán di Mexico sebelum melanda bahagian selatan Amerika Syarikat.

Sepanjang laluan ribut ini, hujan lebat dan angin kencang bertiup pada kelajuan 270 kilometer sejam telah memusnahkan rumah, tempat perniagaan, dan bangunan lain. Beberapa juta orang yang terkesan masih tidak mempunyai elektrik, air, dan kemudahan yang lain. Laporan menyatakan bahawa lebih daripada 30 orang maut akibat bencana ini.

Kesan terhadap Saudara Saudari

Martinique

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 6 penyiar terpaksa berpindah

  • 1 rumah musnah

  • 1 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 1 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak atau musnah

Sebuah Dewan Perjumpaan yang mengalami kerosakan di Kepulauan Windward

Kepulauan Windward

  • Tiada saudara saudari yang terkorban

  • 7 penyiar mengalami kecederaan

  • 67 penyiar terpaksa berpindah

  • 39 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 31 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan musnah

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 4 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Venezuela

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 30 penyiar terpaksa berpindah

  • 12 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 9 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

Jamaica

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 18 penyiar terpaksa berpindah

  • 24 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 75 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 19 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Mexico

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 320 penyiar terpaksa berpindah tetapi kini sudah kembali ke rumah masing-masing

  • 11 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak atau musnah

Amerika Syarikat

  • Tiada saudara saudari yang terkorban

  • 6 penyiar mengalami kecederaan

  • 242 penyiar terpaksa berpindah

  • 4 rumah musnah

  • 33 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 471 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak atau musnah

Bantuan yang Dihulurkan

Para penyelia litar dan penatua tempatan memberikan bantuan praktikal dan rohani kepada mangsa bencana. Enam Jawatankuasa Bantuan Bencana juga telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana.

Kita berdoa agar Yehuwa terus melegakan hati semua orang yang bergantung pada-Nya pada masa yang mencabar ini.—2 Korintus 1:3, 4.