Lompat ke kandungan

Saudara saudari di beberapa lokasi di Eropah bersukacita atas pengeluaran buku Matius dalam bahasa Kurdish Kurmanji dan Kurdish Kurmanji (Caucasus)

11 JULAI 2023
BERITA GLOBAL

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Kurdish Kurmanji dan Kurdish Kurmanji (Caucasus)

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Kurdish Kurmanji dan Kurdish Kurmanji (Caucasus)

Pada 2 Julai 2023, buku Bible—Berita Baik Menurut Matius telah dikeluarkan dalam dua bahasa Kurdish semasa dua acara yang berbeza. Buku Matius dalam bahasa Kurdish Kurmanji dikeluarkan di Jerman manakala versi bahasa Kurdish Kurmanji (Caucasus) dikeluarkan di Georgia. Kira-kira 750 orang menghadiri kedua-dua acara ini.

Kurdish Kurmanji

Saudara Dirk Ciupek, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Eropah Tengah, telah mengumumkan pengeluaran buku Matius dalam bahasa Kurdish Kurmanji. Program ini diadakan di pejabat cawangan Eropah Tengah di Selters, Jerman. Saudara saudari yang hadir secara bersemuka telah menerima buku ini dalam bentuk bercetak. Bentuk digital juga tersedia untuk dimuat turun.

Kurdish Kurmanji (Caucasus)

Saudara Levani Kopaliani, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Georgia, telah mengumumkan pengeluaran buku Matius dalam bahasa Kurdish Kurmanji (Caucasus) semasa satu program di Tbilisi, Georgia. Saudara saudari di Aparan, Armavir, dan Yerevan, Armenia, telah menghadirinya menerusi persidangan video. Mereka yang hadir program ini secara bersemuka telah menerima buku ini dalam bentuk bercetak. Bentuk digital juga tersedia untuk dimuat turun.

Bahasa Kurdish Kurmanji dan Kurdish Kurmanji (Caucasus) hampir sama tapi berbeza dari segi tatabahasa dan susunan ayat. Tambahan lagi, terdapat juga perkataan yang sama ejaannya dalam kedua-dua bahasa tapi mempunyai maksud yang berbeza. Oleh itu, kedua-dua kumpulan penterjemah bekerjasama semasa menghasilkan buku Matius dalam bahasa masing-masing. Mengenai pengeluaran baharu ini, seorang penterjemah kata, “Semua orang Kurdish yang mendahagakan kebenaran akan dipuaskan. Terjemahan baharu ini bagaikan segelas air yang menyegarkan.”

Kita turut bersukacita bersama saudara saudari kita yang menuturkan bahasa Kurdish Kurmanji dan Kurdish Kurmanji (Caucasus). Kita bersyukur dan memuji Yehuwa kerana menyediakan makanan rohani kepada lebih banyak orang!—Matius 5:3.