17 JULAI 2024
BERITA GLOBAL
Enam Bible Dikeluarkan di Serata Dunia pada Jun 2024
Bahasa Kreol Guadeloupe
Pada 9 Jun 2024, Saudara Jeffrey Winder, seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan buku Matius dan Markus dalam bahasa Kreol Guadeloupe. Pengumuman ini dibuat semasa ceramah terakhir Konvensyen Istimewa 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ di Baie-Mahault, Guadeloupe. Sejumlah 8,602 orang telah menghadiri acara itu dan 5,588 orang telah menontonnya melalui persidangan video. Para hadirin di lokasi konvensyen telah menerima pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius. Versi digital buku Matius dan Markus dapat dimuat turun dengan serta-merta melalui jw.org dan aplikasi JW Library.
Lebih daripada 300,000 orang di Guadeloupe dan 200,000 orang di Perancis menuturkan bahasa Kreol Guadeloupe. Kini, kira-kira 3,300 penyiar yang menuturkan bahasa Kreol Guadeloupe berkhidmat di 42 sidang di Guadeloupe. Seramai 80 penyiar berkhidmat di dua kumpulan bahasa Kreol Guadeloupe di Perancis.
Bahasa Armenia
Pada 28 Jun 2024, Saudara Geoffrey Jackson, seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan dalam bahasa Armenia. a Pengumuman ini dibuat pada hari pertama Konvensyen Serantau 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ yang diadakan berdekatan Yerevan, Armenia. Sejumlah 6,155 orang telah menghadiri acara itu. Versi digital Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan itu dapat dimuat turun melalui jw.org dan aplikasi JW Library. Versi bercetak akan disediakan pada tahun ini.
Terjemahan Bible bahasa Armenia yang pertama telah diterbitkan pada abad kelima Masihi. Pada 2010, Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Armenia telah dikeluarkan. Kini, kira-kira tiga juta orang yang menuturkan bahasa ini tinggal di Armenia, termasuk sekitar 10,550 penyiar yang berkhidmat di 117 sidang. Selain itu, sebanyak 5,200 penyiar berkhidmat di sidang dan kumpulan bahasa Armenia di sekitar kawasan Eropah dan Amerika Syarikat.
Bahasa Fante
Pada 28 Jun 2024, Saudara Freeman Abbey, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Ghana, telah mengeluarkan buku Matius dalam bahasa Fante. Pengumuman ini dibuat semasa program Konvensyen Serantau 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ yang diadakan di Dewan Perhimpunan Takoradi di Sekondi-Takoradi, Ghana. Sejumlah 1,230 orang telah menghadiri acara itu secara bersemuka, dan 2,022 orang telah menontonnya melalui persidangan video. Para hadirin di lokasi konvensyen telah menerima pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius. Versi digital buku Matius juga dapat dimuat turun dengan serta-merta melalui jw.org dan aplikasi JW Library.
Kira-kira enam juta orang menuturkan bahasa Fante. Sidang pertama bahasa Fante telah diasaskan pada September 1935 di kawasan yang kini dikenali sebagai Sekondi-Takoradi, Ghana. Hari ini, kira-kira 9,700 saudara saudari yang menuturkan bahasa Fante berkhidmat di 158 sidang di Ghana.
Bahasa Iceland
Pada 28 Jun 2024, Saudara David Splane, seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Iceland. Pengumuman ini dibuat pada hari pertama Konvensyen Istimewa 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ di Reykjavík, Iceland. Para hadirin telah menerima senaskhah Bible Terjemahan Dunia Baharu. Versi digital juga dapat dimuat turun melalui jw.org dan aplikasi JW Library.
Pada 2019, Bible Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Iceland. Sebanyak 395 penyiar berkhidmat di lima sidang bahasa Iceland. Mereka sangat gembira kerana dapat menggunakan Bible Terjemahan Dunia Baharu di Iceland dan penduduknya yang berjumlah sekitar 390,000 orang.
Bahasa Ngangela
Pada 28 Jun 2024, Saudara Johannes De Jager, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Angola, telah mengeluarkan buku Matius, Lukas, dan Kisah dalam bahasa Ngangela. Pengumuman ini dibuat semasa Konvensyen Serantau 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ di Menongue, Angola. Seramai 450 hadirin telah menerima salinan Bible—Berita Baik Menurut Matius. Versi digital buku Matius, Lukas, dan Kisah juga dapat dimuat turun dengan serta-merta melalui jw.org dan aplikasi JW Library.
Sekitar sejuta penutur bahasa Ngangela tinggal di Angola. Sidang bahasa Ngangela yang pertama telah diasaskan pada 2011. Kini, seramai 260 penyiar berkhidmat di lapan sidang dan kumpulan bahasa Ngangela di Angola dan Namibia.
Bahasa Ngabere
Pada 30 Jun 2024, Saudara Carlos Martinez, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Amerika Tengah, telah mengeluarkan Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Ngabere. Pengumuman ini dibuat melalui satu program yang dirakamkan dan disiarkan di beberapa Dewan Perjumpaan di Costa Rica dan Panama. Sejumlah 2,032 orang di beberapa lokasi tersebut telah menerima salinan buku Matius sejurus selepas pengumuman dibuat. Versi digital juga dapat dimuat turun dengan serta-merta melalui jw.org dan aplikasi JW Library.
Kini, kira-kira 216,000 orang yang menuturkan bahasa Ngabere tinggal di Costa Rica dan Panama. Terdapat 877 penyiar yang berkhidmat di 26 sidang dan 2 kumpulan bahasa Ngabere di Costa Rica dan Panama.
a Bible Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan dikeluarkan dalam bahasa Armenia Timur. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Armenia Barat, iaitu bahasa yang dituturkan oleh kebanyakan masyarakat Armenia di negara-negara lain.