Lompat ke kandungan

30 DISEMBER 2021
BERITA GLOBAL

Fungsi Tetapan Rupa Tersedia di JW.ORG

Fungsi Tetapan Rupa Tersedia di JW.ORG

Baru-baru ini, jw.org telah menambahkan fungsi yang dinanti-nantikan orang ramai. Kini, anda boleh memilih untuk menggunakan tema terang atau tema gelap.

Apabila tetapan bagi tema gelap diaktifkan (juga dipanggil sebagai mod gelap atau mod malam), latar belakang akan menjadi gelap manakala teks dan grafik akan menjadi terang. Sesetengah pengguna suka tetapan ini kerana skrin tidak terlampau terang. Hal ini dapat mengurangkan keletihan mata, terutamanya semasa membaca pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. Tetapan ini juga dapat membantu pengguna yang mempunyai penglihatan terbatas atau sensitif dengan cahaya yang terang.

Untuk menggunakan fungsi ini, skrol halaman ke bawah dan klik Tetapan Rupa. Klik Lalai Sistem jika anda ingin jw.org mengikut tetapan paparan alat elektronik anda. Klik Tema Terang atau Tema Gelap jika anda ingin mengubah tetapan rupa jw.org.

Pada masa depan, fungsi baharu ini akan tersedia dalam aplikasi JW Library. Kita berterima kasih kepada Yehuwa kerana terus menambah baik alat digital kita. Dengan itu, kita dapat mengakses makanan rohani yang berlimpah-limpah.