8 MEI 2024
BERITA GLOBAL
Hujan Lebat Menyebabkan Banjir yang Teruk di Kenya dan Tanzania
Pada April 2024, hujan lebat di Kenya dan Tanzania menyebabkan banjir yang teruk. Di Kenya, lebih daripada 185,000 orang terpaksa berpindah dan kira-kira 200 telah terkorban. Di Tanzania pula dianggarkan terdapat 200,000 orang terpaksa berpindah dan hampir 200 telah terkorban. Kemungkinan besar hujan lebat akan berterusan untuk minggu-minggu seterusnya.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Sedihnya, 1 saudari dan anak perempuannya telah terkorban
59 penyiar terpaksa berpindah
14 rumah mengalami kerosakan
3 Dewan Perjumpaan dan 1 bangunan sekolah teokratik mengalami kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas
Kita berdoa untuk saudara saudari yang terjejas akibat bencana alam ini. Walaupun kita hidup pada masa genting ini, kita yakin bahawa tidak lama lagi kita “tidak perlu takut akan apa-apa pun.”—Yesaya 54:14.