Lompat ke kandungan

Saudari Fumiko Takehara dan anaknya, Naoki, mengkaji rencana Berita JW semasa projek penyembahan keluarga

8 MAC 2021
BERITA GLOBAL

Ibu Bapa Menggunakan Rencana dalam Berita JW untuk Bantu Anak Menghadapi Cubaan dengan Berani

Ibu Bapa Menggunakan Rencana dalam Berita JW untuk Bantu Anak Menghadapi Cubaan dengan Berani

Ramai ibu bapa Saksi sedang guna rencana-rencana dalam Berita JW untuk menguatkan iman anak-anak mereka.

Saudari Fumiko Takehara, seorang ibu di Jepun, dengan Naoki, anaknya yang berumur 12 tahun, selalu baca dan bincang rencana dalam Berita JW bersama-sama. Mereka juga cetak gambar saudara saudari dalam rencana-rencana tersebut dan gantungkan pada dinding. Fumiko berkata, “Kami berdoa untuk setiap saudara saudari itu. Kami rasa lega kerana Yehuwa beri umat-Nya sukacita walaupun mereka dipenjarakan. Kami dapat lihat [sukacita itu] di wajah mereka. Teladan baik mereka telah bantu anak saya tetap setia kepada Yehuwa semasa menghadapi cabaran di sekolah.”

Keluarga Zannou guna rencana Berita JW untuk membina keberanian semasa menginjil

Di Côte d’Ivoire, Saudara Kilanko Zannou, bapa kepada dua anak, berkata, “Setiap hari, saya akan tengok rencana Berita JW di jw.org.” Kilanko sering membincangkan rencana-rencana tersebut semasa penyembahan keluarga. Seluruh keluarganya, termasuk Matthias, anak lelakinya yang berumur tujuh tahun, telah mendapat banyak manfaat daripada teladan saudara saudari yang berani menghadapi penganiayaan.

Matthias pernah rasa gementar untuk menginjil kepada rakan sekolahnya. Kilanko menjelaskan, “Selepas penyembahan keluarga, Matthias berkata dengan semangat, ‘Sekarang saya tidak lagi takut untuk menginjil!’”

Saudara Holmes Simatupang, seorang bapa di Indonesia, telah bincang dua rencana dengan anak-anaknya. Rencana itu tentang Saksi-Saksi muda di Indonesia yang dibuang sekolah kerana enggan menabik bendera.

Keluarga Simatupang sedang bincang rencana Berita JW tentang muda-mudi yang tetap setia sewaktu di sekolah

Saudara Simatupang menerangkan, “Kedua-dua anak kami mengalami cabaran yang serupa di sekolah. Mereka perlu bertabah menghadapi tekanan daripada guru dan rakan sekolah tentang menabik bendera, nyanyi lagu kebangsaan, menyertai aktiviti keagamaan. Oleh sebab tentangan itu, mereka takut pergi sekolah buat suatu jangka masa.”

Holmes menyambung, “Tetapi selepas bincang dua rencana [itu] semasa penyembahan keluarga, mereka sekarang lebih berani untuk menjelaskan pendirian mereka tentang tabik bendera. Mereka tidak lagi terlalu risau akan dibuang sekolah.”

Saudari Lady Nery Passos di Brazil, berkata, “Anak kami, Pedro, hanya berumur lima atau enam tahun, ketika menghadapi isu sambutan hari jadi di sekolah.” Semasa kami fikir cara terbaik untuk bantu anak, saya teringat pengalaman saudara saudari dalam Berita JW dan cara mereka bersedia mengatasi cubaan. Saudari Passos menceritakan, “Sewaktu penyembahan keluarga, kami buat sesi latihan yang realistik untuk bantu anak tahu cara menghadapi sambutan hari jadi di sekolah.” Latihan itu telah bantu Pedro lebih bersiap untuk mempertahankan kepercayaannya.

Saudara dan Saudari Passos guna Berita JW untuk didik anak cara untuk berpegang teguh pada kepercayaannya

Rencana dalam Berita JW mengingatkan kita bagaimana Yehuwa menjaga dan menguatkan umat-Nya yang setia. Semua pengalaman itu membuktikan bahawa kita juga akan “dipenuhi sukacita dan kuasa suci Tuhan” semasa menghadapi pelbagai cubaan.—Kisah 13:50-52.