Lompat ke kandungan

Saudara saudari di seluruh dunia berkumpul untuk memperingati kematian Yesus

21 APRIL 2022
BERITA GLOBAL

Jutaan Orang Menghadiri Peringatan Kematian Yesus

Jutaan Orang Menghadiri Peringatan Kematian Yesus

Dua saudara bertegur sapa di Chile

Pada 15 April 2022, jutaan Saksi-Saksi Yehuwa bersama dengan orang yang mereka jemput berkumpul di serata dunia untuk memperingati Perjamuan Malam Tuan. Inilah kali pertama sejak 2019 acara yang penting ini boleh diadakan secara bersemuka. Namun, mereka yang tidak dapat menghadiri secara bersemuka masih boleh menikmati program tempatan acara ini secara virtual.

Peringatan kematian Yesus ialah perjumpaan tahunan yang paling penting bagi Saksi-Saksi Yehuwa. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, acara setahun sekali ini telah diadakan menerusi persidangan video selama dua tahun. Pada 2021, lebih daripada 21 juta orang telah menghadirinya di seluruh dunia.

Bagi sesetengah orang pula, tahun ini mereka telah menghadiri Peringatan kematian Yesus secara bersemuka buat kali pertama. Contohnya, Markensia Remy di Haiti (yang baru dibaptis selama setahun) kata, “Saya gembira sekali dapat menghadiri acara Peringatan di Dewan Perjumpaan. Susah untuk saya gambarkan betapa gembiranya saya! Saya benar-benar rasa saya ialah sebahagian daripada keluarga yang penyayang.”

Kita amat bersyukur atas berkat Yehuwa untuk sambutan Peringatan tahun ini. Kita terutamanya berterima kasih kepada Tuhan Yehuwa dan Anak-Nya, Yesus Kristus, atas ungkapan kasih yang terbesar ini.—Yohanes 3:16.

 

Argentina

Bolivia

Brazil

Kemboja

Republik Afrika Tengah

Kepulauan Cook (Rarotonga)

Ecuador

Indonesia

Israel

Jepun

Kazakhstan

Kosovo

Mexico

Paraguay

Peru

Filipina

Poland

Romania

Sepanyol

Taiwan

Ukraine

Amerika Syarikat

Venezuela