8 NOVEMBER 2024
BERITA GLOBAL
Projek Ramapo
Kelulusan Diterima untuk Memulakan Kerja Pembinaan Berskala Besar di Ramapo
Pada 6 November 2024, Lembaga Perancang Bandar Ramapo menandatangani kelulusan bagi pelan tapak Ramapo. Perkembangan ini amat penting kerana kerja pembinaan berskala besar kini dapat dijalankan.
Pada Jun 2023, kita telah menerima kelulusan daripada Lembaga Perancang Bandar bagi beberapa perincian dalam projek ini. Antara kelulusan yang diberikan pada masa itu termasuk penebangan pokok di tapak Ramapo. Sekarang, kerja-kerja lain seperti meletupkan batu untuk tujuan pembinaan asas bangunan dan kerja pembinaan jalan masuk utama dapat dimulakan. Selain itu, kerja penggalian dan pemasangan saluran air bawah tanah turut dapat dimulakan.
Saudara Kevin Page yang berkhidmat dalam Jawatankuasa Projek Pembinaan berkata, “Kami sangat gembira untuk mendapat kelulusan ini. Pada setiap tahap projek ini, kami dapat lihat bagaimana Yehuwa telah memberkati kesabaran dan kerja keras kami. Kami sangat bersyukur atas perkembangan yang baik ini. Kami terus berdoa agar Yehuwa memberkati usaha kami yang seterusnya.”
Kita semua sangat teruja dengan berita baik ini! Kita mohon agar Yehuwa mencurahkan berkat-Nya yang melimpah atas projek ini dan saudara saudari yang menyokongnya.—Hagai 1:14.