Lompat ke kandungan

Pandangan dari atas tapak Ramapo. Kawasan dengan pokok yang ditebang menunjukkan keluasan tapak pembinaan Ramapo. Sisipan: Seorang pekerja menggunakan gergaji rantai untuk menebang pokok

6 JUN 2023
BERITA GLOBAL

Projek Ramapo

Kerja-Kerja Persiapan Diluluskan di Tapak Ramapo

Kerja-Kerja Persiapan Diluluskan di Tapak Ramapo

Pada 1 Jun 2023, Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New York telah memberikan permit untuk membersihkan tapak pembinaan Ramapo daripada pokok-pokok yang ditebang. Semua pokok telah ditebang pada 18 Mac, kira-kira dua minggu sebelum tamat tempoh yang diizinkan pihak berkuasa untuk melakukan kerja ini.

Saudara Robert McRedmond, koordinator Jawatankuasa Projek Pembinaan (CPC) di Ramapo, berkata, “Bagi projek yang begitu besar, setiap permit dan kelulusan ialah satu lagi langkah yang menuju ke permulaan kerja pembinaan. Kami telah lihat Yehuwa menyingkirkan banyak halangan, dan kami tidak sabar-sabar untuk lihat bagaimana Dia akan terus membantu kami mengatasi cabaran lain pada masa depan.”—Yesaya 57:14.

CPC terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan.