11 NOVEMBER 2022
BERITA GLOBAL
Projek Ramapo
Lembaga Perbandaran Luluskan Perubahan, Membuka Jalan bagi Kelulusan Pelan Tapak
Pada 9 November 2022, Lembaga Perbandaran Ramapo meluluskan satu perubahan peraturan tentang cara hartanah Ramapo dapat digunakan. Maka, Jawatankuasa Projek Pembinaan (CPC) bagi Projek Ramapo dibenarkan untuk memohon permit khas dan kelulusan pelan tapak. a
Selain daripada perkembangan terbaharu ini, kontraktor meluaskan dan mengubah suai jalan masuk hartanah Ramapo. Pekerja sukarela pembinaan juga selesai memulihkan jambatan batu di sepanjang laluan berdekatan jalan masuk tapak pembinaan. Pemulihan ini melibatkan kerja meluaskan dan mengukuhkan jambatan itu supaya perlengkapan pembinaan, ambulans, dan kereta bomba dapat melaluinya. Semasa fasa awal pembinaan, semua lalu lintas akan dihalakan ke jambatan itu.
Saudara Matthew Mordecki yang berkhidmat dalam CPC kata, “Perubahan peraturan tentang cara hartanah Ramapo dapat digunakan membolehkan kita memohon permit khas dan kelulusan pelan tapak secara serentak. Jika adanya permit itu, kita dapat mula kerja pembersihan tapak seawal Disember 2022.”
Kita berdoa semoga Yehuwa terus ‘berkati segala usaha’ saudara saudari yang bekerja dalam projek pembinaan ini.—Nehemia 1:11.
a Sebelum perubahan ini, hartanah itu dikhaskan sebagai perumahan untuk warga emas dan orang yang ada keperluan khas.