Lompat ke kandungan

Saudara Viktor Stashevskiy

30 MAC 2021
BERITA GLOBAL

Mahkamah Crimea Menjatuhkan Hukuman Penjara selama Enam Tahun Setengah atas Saudara Viktor Stashevskiy

Mahkamah Crimea Menjatuhkan Hukuman Penjara selama Enam Tahun Setengah atas Saudara Viktor Stashevskiy

TERKINI: Mahkamah Rusia Menolak Rayuan Saudara Stashevskiy

Pada 10 Ogos 2021, Mahkamah Bandar Sevastopol menolak rayuan Viktor. Hukuman asalnya, iaitu penjara selama enam tahun setengah, kini akan dikuatkuasakan. Tidak lama lagi, dia akan dipindahkan ke penjara. Dia sudah ditahan sebelum dibicarakan sejak 29 Mac 2021.

Pada 29 Mac 2021, Mahkamah Daerah Gagarinskiy di Bandar Sevastopol, Crimea, mensabitkan Saudara Viktor Stashevskiy dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun setengah atasnya. Viktor ditahan dengan serta-merta di mahkamah dan kemudian dibawa ke pusat tahanan. Dia akan membuat rayuan atas keputusan itu.

Profil

Viktor Stashevskiy

  • Tahun Lahir: 1966 (Kansk, Kawasan Krasnoyarsk, Rusia)

  • Biografi: Berpindah ke Sevastopol, Crimea, pada 1983. Bersara daripada khidmat tentera pada 1993. Berkahwin dengan Larisa pada 2002 dan mempunyai dua anak perempuan. Sejak dulu, amat kagum dengan alam semesta yang begitu rumit dan teratur. Maka, dia ingin mengenali Penciptanya. Setelah mempelajari Bible, hidupnya penuh makna. Dibaptis sebagai Saksi Yehuwa pada 2004

Sejarah Kes

Pada 4 Jun 2019, para pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) membongkar 10 buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Sevastopol. Beberapa buah rumah dibongkar selama empat jam. Sepanjang masa itu, saudara saudari dan keluarga mereka tidak dibenarkan untuk minum air atau menggunakan tandas. Pegawai FSB juga cuba menakut-nakutkan saudara saudari dengan mengugut untuk merosakkan harta benda mereka dan meletakkan dadah sebagai bukti mereka melanggar undang-undang.

Setelah serbuan itu, Saudara Viktor Stashevskiy ditangkap dan ditahan semalaman. Dia dituduh kononnya “memimpin sebuah organisasi yang ekstremis.” Pada hakikatnya, dia dituduh kerana kepercayaan agamanya. Tuduhan ini jelas melanggar hak asasi yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Viktor berkata bahawa dia tetap berani, bertabah, dan bersukacita kerana membaca Bible dan membuat perenungan secara tetap. Dia terutamanya mendapat kekuatan daripada kata-kata Raja Daud yang tercatat di Mazmur 62:5-8. Viktor menggambarkan perasaannya setelah mengalami penganiayaan itu. Dia menjelaskan, “Hubungan saya dengan Yehuwa menjadi semakin dekat kerana Dia selalu di samping saya. Dia menjadi sahabat saya yang paling rapat. Saya tidak pernah ragu-ragu bahawa Yehuwa melihat segala kesusahan saya. Begitu juga dengan keinginan saya untuk tetap setia kepada-Nya. Pada waktu yang tepat, Yehuwa pasti akan membela saya demi nama-Nya yang agung.”

Kita tahu bahawa Yehuwa akan menyokong dan memberkati Viktor, keluarganya, dan semua saudara saudari yang tabah menghadapi penganiayaan. Yehuwa akan terus menjadi tempat naungan dan kubu bagi mereka.—Mazmur 91:2.