Lompat ke kandungan

Seorang saudari di Amerika Syarikat menginjil melalui surat

31 MAC 2020
BERITA GLOBAL

Membantu Warga Emas Mengekalkan Rutin Rohani semasa Wabak Menular

Membantu Warga Emas Mengekalkan Rutin Rohani semasa Wabak Menular

Memandangkan warga emas tergolong dalam kumpulan orang yang berisiko tinggi bagi jangkitan coronavirus, saudara saudari kita yang lanjut usia telah mengikuti arahan pihak perubatan untuk tidak keluar dari rumah mereka. Tetapi mereka tidak kesepian. Mereka menggunakan teknologi moden untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sidang dan menginjil.

Seorang saudari yang berumur 94 tahun di Rom, Itali, dibaptis pada tahun 1952. Dia sudah lama tidak dapat keluar dari rumah kerana masalah kesihatan. Maka dia biasanya melayari JW Stream untuk menonton perjumpaan. Tetapi kini, para penatua mengadakan perjumpaan menerusi persidangan video (videoconference), jadi dia dapat melihat semua saudara saudari dan menyertai perjumpaan di sidangnya sendiri.

Saudari Stephanie Aitken ialah seorang penyiar pekak di Spanish Fork, Utah, A.S. Dia tinggal di rumah penjagaan orang tua dan orang lain tidak diizinkan untuk melawatnya. Maka untuk membantu dia memasang aplikasi persidangan video, seorang penatua dan isterinya berdiri di luar pintu kaca lalu menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan arahan kepadanya. Selepas Saudari Aitken selesai memasang aplikasi itu, dia memeluk tabletnya dengan gembira kerana dia masih dapat bergaul dengan ahli sidang.

Sememangnya, saudara saudari kita, termasuk mereka yang tua, telah menyesuaikan diri untuk menghadapi wabak yang sedang melanda ini. Melalui teknologi moden yang disediakan oleh “bangsa-bangsa,” Yehuwa telah membantu umat-Nya untuk mengharungi waktu yang susah ini. (Yesaya 60:16) Kita berasa yakin bahawa selaras dengan maksud nama-Nya, Yehuwa akan menjadi apa sahaja yang diperlukan untuk membantu penyembah-Nya menghadapi masa yang susah ini.

 

Sepasang suami isteri di Sweden (atas kiri), seorang saudara di Perancis (bawah kiri), dan sepasang suami isteri di Korea Selatan (kanan) mengambil bahagian semasa perjumpaan

Sepasang suami isteri di Norway menginjil melalui telefon

Sepasang suami isteri di Itali mendapat kunjungan penggembalaan