Lompat ke kandungan

31 DISEMBER 2021
BERITA GLOBAL

Menara Pengawal Edisi Umum No. 2 Diedarkan dalam Lebih daripada 300 Bahasa semasa Kempen Bulan November

Tujuh Lagi Bahasa Baharu Ditambahkan!

Menara Pengawal Edisi Umum No. 2 Diedarkan dalam Lebih daripada 300 Bahasa semasa Kempen Bulan November

Pada November 2021, Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia mengedarkan majalah Menara Pengawal edisi umum No. 2 2021 dalam lebih daripada 300 bahasa. Bagi tujuh bahasa daripada jumlah tersebut, edisi umum No. 2 2021 ini merupakan kali pertama Menara Pengawal diterjemahkan. Bahasa-bahasa itu ialah Faroe, Luxembourg, Manipuri (Tulisan Rumi), Odia, Pijin Hawaii, Pomerania, dan Kreol Saint Lucia.

Saudara Nicholas Ahladis, yang bekerja di Bahagian Khidmat Penterjemahan di ibu pejabat, menjelaskan, “Maklumat dalam bahan bacaan kita disediakan untuk menarik minat segala macam orang. Namun sesetengah pasukan terjemahan mempunyai sumber yang terhad, jadi mereka mungkin tidak dapat menterjemahkan setiap edisi Menara Pengawal. Ahli Jawatankuasa Cawangan yang menyelia pasukan sebegitu boleh memohon kepada Jawatankuasa Penulisan bagi Badan Pimpinan untuk menterjemahkan kandungan tertentu. Itulah sebabnya majalah Menara Pengawal edisi umum No. 2 dikeluarkan dalam bahasa-bahasa itu.”

Pengalaman-pengalaman berikut menunjukkan hasil positif daripada kempen ini dan usaha kita untuk mengedarkan bahan bacaan Bible kepada semua orang daripada pelbagai bahasa.

Sememangnya kita sangat bersukacita kerana majalah Menara Pengawal ini telah mencapai begitu banyak orang semasa kempen istimewa ini. Kita tahu bahawa kempen ini selaras dengan kehendak Tuhan yang “menghendaki segala macam orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.”—1 Timotius 2:4.