Lompat ke kandungan

1 JUN 2022
BERITA GLOBAL

Menyambung Semula Kesaksian di Tempat Awam

Menyambung Semula Kesaksian di Tempat Awam

Pada 31 Mei 2022, Badan Pimpinan memaklumkan semua Jawatankuasa Cawangan bahawa selain kerja penyebaran dari rumah ke rumah, semua jenis kesaksian di tempat awam boleh dilakukan semula. Setiap Jawatankuasa Cawangan akan meninjau keadaan di kawasan mereka serta arahan kerajaan tempatan, dan memberikan arahan selanjutnya kepada sidang-sidang tidak lama lagi. (Roma 13:1) Kita bersukacita kerana mempunyai lebih banyak peluang untuk mengongsi berita baik tentang Kerajaan Tuhan dengan orang lain!—Matius 28:19, 20.