19 OGOS 2024
BERITA GLOBAL
Pantai Timur Amerika Utara Dilanda Banjir Akibat Taufan Debby
Pada awal bulan Ogos 2024, ribut kencang yang bermula di Lautan Atlantik kemudiannya menjadi semakin dahsyat dan dinamakan Taufan Debby. Pada 5 Ogos 2024, taufan Kategori 1 ini dengan kelajuan 130 kilometer sejam melanda kawasan berdekatan Steinhatchee, Florida, A.S. Sekurang-kurangnya 12 puting beliung tercetus akibat ribut itu. Angin dan hujan yang kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus bagi beribu-ribu penduduk dan sekurang-kurangnya lapan orang maut di Amerika Syarikat.
Dari sana, Taufan Debby menjadi ribut tropika dan bergerak lebih perlahan ke arah utara menuju Kanada. Pada Jumaat, 9 Ogos 2024, wilayah Quebec dilanda hujan lebat. Dalam masa kurang daripada 24 jam, sekitar 22 sentimeter hujan turun di kawasan itu dan mengakibatkan banjir. Rumah dan infrastruktur lain mengalami kerosakan, dan ratusan orang terpaksa meninggalkan tempat itu. Di Kanada, satu orang dilaporkan terkorban.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Amerika Syarikat
Tiada saudara saudari yang terkorban
1 penyiar diwadkan di hospital
23 penyiar terpaksa berpindah
7 rumah mengalami kerosakan teruk
60 rumah mengalami sedikit kerosakan
1 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
Kanada
Tiada saudara saudari yang terkorban. Namun sedihnya, seorang pelajar Bible telah meninggal akibat tanah runtuh
1 penyiar tercedera
23 penyiar terpaksa berpindah, tetapi kebanyakan daripada mereka kini telah pulang ke rumah masing-masing
2 rumah mengalami kerosakan teruk
165 rumah mengalami sedikit kerosakan
Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak atau musnah
Bantuan yang Dihulurkan
Para penyelia litar dan penatua tempatan di Amerika Syarikat dan Kanada sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas
Di Kanada, satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana
Kita terus berdoa untuk mereka yang terkesan oleh ribut ini. Kita juga tahu bahawa Yehuwa akan menjadi penyelamat kita “pada masa kesusahan.”—Yesaya 33:2.