Lompat ke kandungan

17 JUN 2021
BERITA GLOBAL

Pengeluaran Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Tajik

Pengeluaran Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Tajik

Pada 13 Jun 2021, Saudara Mark Sanderson, seorang ahli Badan Pimpinan, mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Tajik. Dalam sebuah rakaman program, Bible ini telah dikeluarkan dalam bentuk digital.

Maklumat Menarik

  • Bahasa Tajik dituturkan oleh kira-kira 14 juta orang, dan sekitar 5 juta antara mereka tinggal di Tajikistan

  • Para penterjemah dari beberapa negara telah mengambil kira-kira 4 tahun untuk menyiapkan projek ini

Salah seorang penterjemah berkata, “Dengan adanya Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Tajik, para pembaca dapat cepat memahami maksud ayat Bible dan cara menerapkannya. Tidak ada keraguan bahawa Bible ini akan membantu semua orang untuk lebih menghampiri Yehuwa, Pengarang Bible.”—Yakobus 4:8.