Lompat ke kandungan

14 OKTOBER 2022
BERITA GLOBAL

Pengeluaran Terjemahan Dunia Baharu yang Dikemaskinikan dalam Bahasa Samoa

Pengeluaran Terjemahan Dunia Baharu yang Dikemaskinikan dalam Bahasa Samoa

Pada 9 Oktober 2022, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu edisi yang dikemaskinikan telah dikeluarkan dalam bahasa Samoa. Dalam ceramah yang dirakam terlebih dahulu, Saudara Geoffrey Jackson, ahli Badan Pimpinan, mengumumkan pengeluaran Bible itu. Program itu ditonton oleh para penyiar di Samoa Amerika, Australia, New Zealand, dan Samoa. Sejurus selepas ceramah itu, Bible dalam bentuk cetakan diedarkan manakala Bible dalam bentuk digital tersedia untuk dimuat turun.

Saksi-Saksi Yehuwa mula menginjil di Samoa pada 1931. Sidang pertama ditubuhkan di Apia pada 1953. Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Samoa mula tersedia pada 2009. Saksi-Saksi Yehuwa dan orang di sana gembira menerima Bible itu kerana mudah didapati dan terjemahannya tepat.

Pejabat penterjemahan bahasa Samoa di Siusega, Samoa

Semasa menterjemah edisi yang dikemaskinikan ini, para penterjemah berusaha untuk guna bahasa moden yang mudah difahami dan masih tepat maksudnya. Seorang penterjemah kata, “Orang Samoa amat menghormati Bible. Jadi, kumpulan penterjemah menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami dan pada masa yang sama masih sopan. Dengan bantuan Yehuwa, kini kami memiliki keseluruhan Bible edisi yang dikemaskinikan dalam bahasa Samoa. Terjemahan ini amat bermanfaat bagi kami semua.”

Kita yakin bahawa terjemahan ini akan membantu para pembaca untuk mendapat manfaat daripada fikiran Yehuwa yang sungguh bernilai.—Mazmur 139:17.