27 APRIL 2022
BERITA GLOBAL
Projek Ramapo
Pengubahsuaian Jalan Masuk Diluluskan; Menantikan Kelulusan Pelan Tapak
Pada 8 Mac 2022, Jawatankuasa Projek Pembinaan (CPC) mendapat satu permit yang amat penting daripada Lembaga Perancang Bandar Tuxedo untuk projek pembinaan Ramapo. Dengan adanya permit itu, kerja meluaskan dan mengubah suai jalan masuk yang menuju ke Ramapo dapat dimulakan. Selain itu, para saudara sedang berusaha untuk dapatkan kelulusan peringkat akhir agar projek itu dapat dimulakan. Mereka sedang tunggu kelulusan pelan tapak pembinaan daripada Lembaga Perancang Bandar Ramapo. a
Saudara Robert McRedmond, yang berkhidmat sebagai koordinator CPC kata, “Pada peringkat awal perkembangan projek ini, kami sedar jalan masuk yang menuju ke Ramapo perlu diubah suai. Dengan adanya kelulusan ini, kami dapat upah kontraktor untuk ubah suai dan luaskan persimpangan di antara jalan masuk dengan jalan tempatan. Dengan itu, semua kenderaan dapat dipandu dengan selamat. Kerja ini dilakukan oleh kontraktor dan akan siap pada akhir musim panas. Selain itu, pekerja sukarela pembinaan sedang selesaikan pembaikan jambatan batu yang bersejarah di laluan ini.”
Saudara Gary Stradowski, yang juga berkhidmat dalam CPC kata, “Kami teruja semasa terima permit ini. Kami semakin dekat dengan matlamat kami untuk dapatkan kelulusan pelan tapak pembinaan bagi projek Ramapo. Selepas kedua-dua lembaga perancang bandar memberi kelulusan, kontraktor akan mula kerja pembersihan tapak dan fasa persediaan, kemungkinan pada akhir tahun 2022. Jika berjaya, pekerja sukarela akan dapat bantu di tapak pada pertengahan tahun 2023.”
Hati kita melonjak kegembiraan mendengar berita ini. Kita berdoa semoga kuasa suci Yehuwa terus membimbing projek ini.—Zakharia 4:6.
a Harta di Ramapo merangkumi Orange dan Rockland County di New York, A.S. Jadi, CPC mesti dapat kelulusan daripada Lembaga Perancang Bandar Tuxedo dan Lembaga Perancang Bandar Ramapo.