Lompat ke kandungan

Saudara Artem Shabliy

1 APRIL 2022
BERITA GLOBAL

Perlindungan Yehuwa ‘bagaikan Dinding Batu’

Perlindungan Yehuwa ‘bagaikan Dinding Batu’

Pada 16 Februari 2022, Mahkamah Bandar Kerch di Republik Crimea menyatakan Saudara Artem Shabliy bersalah dan mengenakan hukuman penjara tertangguh dua tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 26 Mei 2020

    Anggota keselamatan serbu rumah Artem dan empat keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Crimea. Mereka pecah tingkap lalu serpihan kaca melukai kaki anak lelaki Artem yang berumur empat tahun. Selepas serbuan tiga jam, Artem ditahan di sel pengasingan selama tiga hari

  2. 9 Jun 2020

    Artem mohon Mahkamah Bandar Kerch untuk tunjuk laporan penyiasatan yang akan digunakan ke atasnya. Permohonan itu ditolak walaupun mahkamah ada kewajipan undang-undang untuk membenarkannya

  3. 24 Mei 2021

    Perbicaraan bermula. Ramai saudara saudari berkumpul di mahkamah untuk beri sokongan tetapi tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam

Profil

Seperti apa yang Artem alami, Yehuwa setia menyokong penyembah-Nya. Kita pasti bahawa Dia akan terus jadi batu perlindungan, kubu, dan tempat naungan kepada semua saudara saudari tersayang di Crimea dan Russia.—Mazmur 18:2.