Lompat ke kandungan

Arah jam dari atas kiri: Sebuah Dewan Perjumpaan yang terjejas akibat banjir di Faenza, Itali; rumah saudari yang rosak akibat banjir di Cudalbi, Romania; auditorium Dewan Perjumpaan yang ditenggelami air di Głuchołazy, Poland

2 OKTOBER 2024
BERITA GLOBAL

Ribut Boris Menyebabkan Banjir Teruk di Eropah Tengah

Ribut Boris Menyebabkan Banjir Teruk di Eropah Tengah

Bermula pada 11 September 2024, Ribut Boris yang membawa hujan lebat dan angin kencang telah membadai beberapa kawasan di Eropah Tengah. Pada 12 September, ribut itu melanda di kawasan selatan Poland. Dalam kurang daripada 24 jam, sebanyak 20 sentimeter hujan turun dan mengakibatkan banjir di banyak pekan. Hujan lebat yang berterusan itu turut merosakkan banyak infrastruktur dan ribuan orang putus bekalan elektrik. Pada 13 September, Boris membawa lebih daripada 50 sentimeter hujan di bahagian utara Republik Czech. Rumah-rumah, jalan raya, dan jambatan mengalami kerosakan teruk disebabkannya.

Kemudian pada 14 September, beberapa perkampungan di Romania dilanda banjir kilat apabila 25 sentimeter hujan turun di kawasan itu. Sekitar 5,000 rumah mengalami kerosakan dan dua empangan pecah di daerah Galați. Pada 18 September, Boris melanda dengan ganas di kawasan utara Itali. Beberapa tempat mendapat hampir 30 sentimeter hujan dalam tempoh 48 jam dan menyebabkan air sungai-sungai melimpah.

Ribut dahsyat ini menyebabkan ribuan orang di empat negara terpaksa meninggalkan rumah mereka, dan sekurang-kurangnya 19 orang maut.

Kesan terhadap Saudara Saudari

Republik Czech

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 79 penyiar terpaksa berpindah

  • 12 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 2 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Itali

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 63 penyiar terpaksa berpindah

  • 7 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 21 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 4 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Poland

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 87 penyiar terpaksa berpindah

  • 61 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 85 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 2 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 8 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Romania

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 1 penyiar terpaksa berpindah

  • 2 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 5 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak atau musnah

Bantuan yang Dihulurkan

  • 6 Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas

Saudara saudari yang menghulurkan bantuan di Itali (kiri), Poland (atas kanan), dan Romania (bawah kanan)

Kita terus berdoa untuk mereka yang terkesan oleh banjir teruk ini. Kita juga yakin bahawa Yehuwa akan menjaga, menyokong, dan melegakan mereka.—Yesaya 40:11.