Lompat ke kandungan

Mulai 1 April 2022, Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan semula perjumpaan bersemuka selepas dua tahun

4 APRIL 2022
BERITA GLOBAL

Saksi-Saksi Yehuwa Mengadakan Semula Perjumpaan Bersemuka

Saksi-Saksi Yehuwa Mengadakan Semula Perjumpaan Bersemuka

Mulai 1 April 2022, Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan semula perjumpaan bersemuka. Kerisauan yang mungkin dirasai saudara saudari segera berubah menjadi gelak ketawa dan air mata kegembiraan. Mereka juga nyanyi lagu pujian dengan bersemangat.

Bagi sesetengah orang, ini kali pertama mereka datang ke Dewan Perjumpaan.

Saudara Krzysztof Hoszowski di Poland kata, “Inilah kali pertama saya hadiri perjumpaan bersemuka di dewan. Saya belajar kebenaran Bible melalui persidangan video dan pembaptisan saya disiarkan menerusi Zoom. Saya tahu bagaimana perjumpaan bersemuka diadakan kerana lihat banyak video tentang itu. Tapi, saat saya hadiri perjumpaan bersemuka, saya sangat teruja kerana dapat rasai kasih, sukacita, dan kebaikan hati saudara saudari.”

Selepas pandemik COVID-19 merebak pada Mac 2020, Saksi-Saksi Yehuwa mula adakan perjumpaan menerusi persidangan video. Sekarang, walaupun perjumpaan bersemuka diadakan, mereka yang tidak dapat datang ke dewan masih boleh ikut menerusi persidangan video.

Saudara Neil Campbell di Edinburgh, Scotland pula kata, “Saat muzik dimainkan dan saya mula nyanyikan lagu pertama, hati saya berlimpah dengan sukacita dan rasa syukur kerana dapat bernyanyi lagi bersama saudara saudari selepas dua tahun.”

Kita merakamkan kesyukuran kepada Yehuwa kerana dengan berkat-Nya, kita dapat kembali mengadakan perjumpaan bersemuka.—Mazmur 84:10.

 

Angola

Armenia

Australia

Republik Czech

Ecuador

Jerman

Greece

Guinea

Jepun

Kazakhstan

Malawi

Belanda

Filipina

Romania

Scotland

Korea Selatan

Sepanyol

Sudan

Thailand