Lompat ke kandungan

Saudara Sergey Filatov

2 MAC 2020
BERITA GLOBAL

Saksi-Saksi Yehuwa Pertama yang Didakwa di Crimea Menunggu Keputusan Mahkamah

Saksi-Saksi Yehuwa Pertama yang Didakwa di Crimea Menunggu Keputusan Mahkamah

Mahkamah Daerah Dzhankoysky di Republik Crimea dijangka bakal mengumumkan keputusan berkenaan kes Saudara Sergey Filatov pada 5 Mac 2020. Pendakwa raya menuntut agar saudara kita dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun di dalam penjara yang dikawal ketat. Saudara Filatov merupakan Saksi pertama di Crimea yang didakwa di bawah Kanun Jenayah Rusia.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Saudara Filatov telah ditangkap semasa operasi serbuan besar-besaran yang dijalankan terhadap rakan seiman kita di Rusia. Pada 10 Oktober 2017, rakan-rakan dan kenalan Saudara Filatov telah mengadakan perbincangan Bible dan menyanyikan lagu rohani di rumahnya. Pegawai dari Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia secara sembunyi-sembunyi telah merakam audio perjumpaan itu. Pada tahun berikutnya, iaitu pada malam 15 November 2018, kira-kira 200 orang pegawai telah menyerbu lapan buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di kawasan itu. Lebih daripada 35 orang pegawai, yang separuh daripada mereka merupakan tentera khas yang bersenjata, menggeledah rumah Saudara Filatov. Saudara Filatov telah disoal siasat dan kemudiannya dibebaskan.

Saudara Sergey Filatov dan isterinya, Natalya, mempunyai empat orang anak, dan dua orang anak mereka masih kecil. Saudara Filatov masih menunggu keputusan mahkamah bagi perbicaraannya. Sememangnya, kita ingin terus berdoa agar mereka sekeluarga bergantung pada Yehuwa dan menjadikan-Nya tempat naungan mereka. Semoga mereka sentiasa yakin bahawa Yehuwa akan membantu mereka pada masa yang mencabar ini.—Mazmur 46:1.