Lompat ke kandungan

Ahli-ahli Badan Pimpinan yang menyampaikan ceramah Peringatan: Saudara Gerrit Lösch (kiri), Saudara Samuel Herd (atas kanan), dan Saudara Mark Sanderson (bawah kanan)

20 APRIL 2021
BERITA GLOBAL

Sambutan Peringatan 2021—Keluarga Bethel Sedunia

Sambutan Peringatan 2021—Keluarga Bethel Sedunia

Lambang-lambang Peringatan yang disediakan untuk keluarga Bethel di Warwick, New York, A.S.

Pada 27 Mac 2021, ahli keluarga Bethel di seluruh dunia mengikuti Peringatan kematian Yesus bersama sidang mereka masing-masing. Beberapa ahli Bethel menyampaikan ceramah Peringatan melalui persidangan video.

Seperti pada tahun 2020, terdapat ceramah Peringatan yang disampaikan di Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa supaya ahli keluarga Bethel Amerika Syarikat dapat menonton acara itu. Saudara Gerrit Lösch, seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah itu.

Berikut ialah foto saudara saudari kita yang berkhidmat di Bethel di serata dunia, yang mengikut perintah Yesus: “Teruslah melakukan hal ini untuk mengenang aku.”—Lukas 22:19.

 

Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa

Cawangan Australasia

Para penterjemah di Bangladesh

Pejabat penterjemahan di Kemboja

Cawangan Cameroon

Cawangan Eropah Tengah

Cawangan Afrika Timur

Cawangan Itali

Cawangan Kazakhstan

Pejabat jawatankuasa tempatan di Nepal

Cawangan Afrika Selatan

Cawangan Sri Lanka

Cawangan Amerika Syarikat