4 JUN 2020
BERITA GLOBAL
Saudara Artem Gerasimov Dijatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun
Pada 4 Jun 2020, Mahkamah Agung Crimea menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Saudara Artem Gerasimov kerana menjalankan ibadatnya. Sebelum ini, Saudara Artem telah dikenakan denda oleh Mahkamah Bandar Yalta sebanyak 400,000 rubles (kira-kira $6,000 dolar Amerika). Maka, dia telah membuat rayuan agar dinyatakan tidak bersalah. Keputusan Mahkamah Agung ini telah berkuat kuasa dengan serta-merta dan Saudara Artem dipenjarakan. Dia akan mengemukakan rayuan lagi bagi kes ini.